Kaedah menggunakan et al. dalam APA ( American Psychological Association )

Kaedah menggunakan et al. dalam APA ( American Psychological Association )

 

Terdapat dua situasi yang berbeza di mana anda harus menggunakan et al .:

 

(1) Apabila sumber yang anda petik (citation) mempunyai tiga, empat, atau lima penulis. Dalam kes ini, taipkan nama setiap pengarang bagi kali pertama anda petikan sumbernya. Kemudian untuk petikan kali kedua dan seterusnya barulah anda akan menyingkat hanya nama keluarga yang pertama (first surname) diikuti dengan “et al.”

 

  • Contoh: Petikan pertama sumber oleh Cai, Wang, & Chiang sepatutnya seperti ini:

Teknologi Augmented Realiti (AR) yang dapat mencipta ilusi dalam dunia sebenar melalui lapisan digital maya bagi meningkatkan visualisasi spatial. (Cai, Wang, & Chiang, 2014).”

 

  • Contoh: Petikan seterusnya, setiap kali anda mengulang petikan sumber yang sama dalam penulisan seterusnya, petikan harus seperti ini:

“Cai et al. (2014) menekankan peranan penting teknologi Augmented Realiti dalam pendidikan.”

 

  • Contoh Petikan Pertama dan Petikan Ulangan Berikutnya (Sumber Sama).Teknologi Augmented Realiti (AR) yang dapat mencipta ilusi dalam dunia sebenar melalui lapisan digital maya bagi meningkatkan visualisasi spatial. (Cai, Wang, & Chiang, 2014). Pendapat tersebut di sokong oleh (Khor & Ruzlan, 2016) yang menjelaskan teknologi tersebut dapat menggabungkan dunia sebenar dan dunia maya. Justeru itu Cai et al. (2004) menekankan peranan penting teknologi Augmented Realiti dalam pendidikan.

 

(2) Petikan enam atau lebih pengarang, apabila sumber yang anda petik mempunyai enam atau lebih pengarang. Dalam kes ini, anda hanya perlu membuat petikan nama keluarga pengarang pertama dan diikuti oleh et al. setiap kali anda membuat petikan sumbernya.

 

  • Contoh: Setiap petikan dari sumber oleh Weintrop, Beheshti, Horn, Orton, Jona, Trouille, dan Wilensky sepatutnya seperti ini:

“Pemikiran Komputasional hendaklah dimasukkan ke dalam pembelajaran di sekolah (Weintrop et al., 2016).”

 

Rujukan :

Walden University. (n.d.). How do I use et al. in APA? – Quick Answers. Retrieved October 13, 2018, from http://academicanswers.waldenu.edu/faq/72737