Sale!

Aplikasi ARGeo (Augmented Reality Geometry)

RM20.00 RM10.00

StumbleUponEmail
Sold By CikguF.com
Categories: , Tag:

Description

Persekitaran pembelajaran kini berubah dengan pantas berdasarkan kemahiran dalam pembelajaran Abad Ke-21 selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 yang memberikan kesan terhadap transformasi bentuk pendidikan yang baru di dalam bilik darjah. Teknologi dalam pendidikan boleh mempengaruhi pelajar untuk belajar secara aktif dan dapat memotivasi mereka, seterusnya membawa kepada proses pembelajaran yang berkesan. Antara teknologi terkini dalam bidang pendidikan ialah Augmented Realiti (AR).

Teknologi Augmented Realiti (AR) telah terbukti mempunyai potensi yang baik dalam mewujudkan proses pembelajaran yang lebih aktif, berkesan dan bermakna berdasarkan kajian lepas. Ini kerana teknologi canggihnya membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek dunia maya yang digabungkan ke dalam dunia sebenar dan muncul bersama-sama dalam ruang yang sama pada dunia sebenar (real-time) serta membawa pengalaman realistik kepada pengguna. Oleh itu, kajian ini berfokuskan Teknologi Tracker AR terkini iaitu “Combination Multiple Tracker”.

Kandungan aplikasi ini terbatas kepada bidang yang terdapat dalam kandungan mata pelajaran Tingkatan 1 iaitu bidang Geometri. Oleh itu, aplikasi Augmented Realiti (AR) dibangunkan hanya melibatkan bidang tersebut berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 1.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Aplikasi ARGeo (Augmented Reality Geometry)”