Program STEM Apps Challenge 2017

 

Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) akan menganjurkan Program STEM Apps Challenge 2017. Program ini akan melibatkan pembangunan aplikasi berkaitan STEM yang akan disertai oleh pelajar sekolah dan guru dari sekolah-sekolah.

 

 

TARIKH-TARIKH PENTING

 

  1. Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2017
  2. Kursus asas pembangunan permainan digital: 11 November 2017
  3. Hackathon: 18-19 November 2017

 

OBJEKTIF

  • Memberikan pendedahan pada peringkat awal kepada pelajar sekolah mengenai pembangunan aplikasi mudah alih
  • Menghasilkan kandungan aplikasi mudah alih bercirikan didik hibur berlandaskan STEM bagi menyokong dan memperkukuh proses pembelajaran
  • Meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar terhadap ilmu sains dan teknologi bagi memenuhi aspirasi negara dalam membangunkan bidang sains dan teknologi di Malaysia
  • Membentuk dan menerapkan ciri – ciri kemahiran sahsiah di kalangan pelajar-pelajar universiti selaku pembangun aplikasi mudah alih (mobile apps developer)

 

KUMPULAN SASARAN

 

Peserta yang terlibat terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:

 

Kumpulan Idea Apps: Pelajar dan guru Sekolah Menengah  (satu

kumpulan terdiri daripada gabungan dua orang pelajar dan seorang pembimbing/mentor/guru).

 

Kumpulan Pembangun Apps (Developer): Mahasiswa pra siswazah dari UTM

(satu kumpulan terdiri daripada dua orang mahasiswa yang terpilih).

 

 

SYARAT PENYERTAAN

 

  1. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada dua orang pelajar Sekolah Menengah (13-17 tahun) dan seorang pembimbing
  1. Kumpulan boleh terdiri daripada gabungan pelajar daripada sekolah berlainan
  2. Pembimbing boleh terdiri daripada guru atau individu yang berumur 21 tahun ke atas

 

 

KAEDAH PENYERTAAN

 

  1. Setiap kumpulan perlu menghasilkan proposal/idea permainan berasaskan STEM

dalam bentuk powerpoint.

 

  1. Maklumat yang perlu ada dalam powerpoint seperti berikut:
  2. Pengenalan
  3. Konsep permainan
  4. Lakaran antaramuka
  5. Contoh permainan sedia ada yang mirip dengan idea yang dicadangkan

 

KAeDAH PENYERTAAN

 

  • Setiap kumpulan perlu menghasilkan proposal/idea permainan berasaskan STEM dalam bentuk powerpoint.
  • Maklumat yang perlu ada dalam powerpoint seperti berikut:
    • Pengenalan
    • Konsep permainan
    • Lakaran antaramuka
    • Contoh permainan sedia ada yang mirip dengan idea yang dicadangkan

 

  • Beberapa contoh permainan berasaskan STEM seperti berikut :

 

 

  • Kumpulan yang berjaya ke peringkat seterusnya akan disenaraipendek untuk mengikuti kursus asas pembangunan permainan digital dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

 

  • Bagi kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya, yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM100/kumpulan.

 

Pendaftaran  adalah melalui alamat berikut :

 

https://www.eventbrite.com/e/stem-apps-challenge-2017-tickets-36302280097