KLedTech Day

 

 

 

Tahun 2016, KLedTech Day telah dianjurkan di IPGKBM dengan jayanya. Seramai 120 peserta menyertai persidangan tersebut yang mana salah seorang yang membuat perkongsian ketika itu ialah Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib dan ramai lagi.

Persidangan kali ini berskala lebih besar dengan bintang-bintang yang menyinar seperti Cikgu Aman, Cikgu Hailmi, Cikgu Raihan Jalaludin dan ramai lagi yang akan berkongsi ilmu dengan anda.

Membawa tema DARE TO LEARN yang mana merupakan tema yang menggambarkan semangat peserta yang sememangnya dahagakan ilmu dan berani mencuba perkara baru.

Perkongsian & bengkel ini melibatkan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dan pelbagai pendedahan penggunaan teknologi dalam bilik darjah.

Tidak cukup dengan itu, kami akan bawakan VVIP yang akan bersama-sama kita. Siapa beliau? Biarlah ia menjadi satu KEJUTAN.

Jika anda berminat, anda boleh daftar segera di http://tiny.cc/preedtech2017 untuk pastikan tempat anda terjamin. Jangan tunggu lama-lama kerana EARLY BIRD REGISTRATION adalah TERHAD.

Kami di RUMAHKOD mengalu-alukan penyertaan anda.